CSR

Kualiti Hidup

CSR_Summary_Banner_edited rumah.jpg

Terkini

Program-program CSR yang dikendalikan oleh 1MDB telah pun tamat, kecuali beberapa program dimana 1MDB masih tetap komited sehingga selesai. Tidak akan ada program CSR baharu yang akan dimulakan.

1MDB juga berpegang teguh kepada prinsip membantu golongan kurang bernasib baik menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Kami bersemangat melaksanakan inisiatif-inisiatif yang mampu memanfaatkan komuniti-komuniti di seluruh Malaysia selain memberi peluang kepada individu-individu untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai ekonomi serta memperbaiki taraf hidup mereka.

Pembinaan Rumah Arau

1MDB telah membina 12 rumah arau di kawasan pedalaman Sarawak bagi menyediakan tempat tinggal asas yang selesa untuk kanak-kanak prasekolah. Rumah arau merupakan rumah persinggahan yang terletak berhampiran sekolah khusus untuk untuk penginapan sementara bagi kanak-kanak yang tinggal terlalu jauh untuk berulang-alik setiap hari. Oleh kerana terlalu muda untuk tinggal di asrama sekolah, kanak-kanak ini tinggal di rumah arau bersama ibu serta adik-adik mereka.

Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M)

Ini merupakan usahasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan asas berkualiti kepada golongan yang tinggal di kawasan perkampungan dan pedalaman. KB1M menjalankan operasi berdasarkan jadual tetap dan tiba di satu-satu lokasi setiap dua minggu. Pasukan profesional ini yang diketuai seorang doktor menyediakan perkhidmatan kesihatan asas lengkap yang mudah diakses penduduk kampung. Bas digunakan di Semenanjung Malaysia manakala di Sarawak sebuah bot beroperasi di Sungai Baram.

Projek Majudiri

Ini merupakan projek perintis yang menyasarkan untuk memperbaiki kualiti hidup usahawan kecil-kecilan dan golongan berpendapatan rendah dengan mempertingkatkan kemahiran insani (soft skills) teknik perniagaan. Projek ini mempersiapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk mempertingkatkan keupayaan perniagaan mereka, seterusnya memperbaiki kehidupan mereka sendiri.

Skim Kredit Mikro Kojadi

Kolaborasi dengan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) untuk membantu usahawan muda memulakan perniagaan atau memperluaskan perniagaan sedia ada.

Sumbangan Kepada Institut Jantung Negara

1MDB telah menyumbang terhadap kajian Institut Jantung Negara untuk menggunakan teknologi baru bagi merawat regurgitasi injap mitral, menjadikan institut tersebut pusat terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan rawatan jantung ini.