CSR

Pembangunan Belia

Danabelia long 852x292_1.jpg

Terkini

Program-program CSR yang dikendalikan oleh 1MDB telah pun tamat, kecuali beberapa program dimana 1MDB masih tetap komited sehingga selesai. Tidak akan ada program CSR baharu yang akan dimulakan.

DANA BELIA 1MALAYSIA

1MDB memperkasakan golongan belia yang dinamik dan bersemangat waja untuk mencungkil potensi mereka sepenuhnya melalui inisiatif pembangunan belia kami, iaitu Dana Belia 1Malaysia.

Dana Belia merupakan geran yang menyediakan platform bagi belia berusia antara 15 hingga 40 tahun untuk mengetengahkan impian, idea serta kreativiti mereka melalui projek yang menggalakkan perpaduan.

Sebagai dana yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dana Belia mencabar belia untuk tampil dengan idea-idea untuk membantu masyarakat melalui projek berasaskan perpaduan dan memastikan projek ini berjaya dilaksanakan.

Projek ini telah berjaya mencungkil ramai bakat di kalangan belia Malaysia yang begitu bersemangat dalam perjuangan mereka, sama ada dalam bidang seni, sukan, pembangunan masyarakat mahupun alam sekitar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dana Belia, sila layari http://www.danabelia.com.my/