CSR

Pendidikan

CSR_Edu_Banner2.jpg

Terkini

Program-program CSR yang dikendalikan oleh 1MDB telah pun tamat, kecuali beberapa program dimana 1MDB masih tetap komited sehingga selesai. Tidak akan ada program CSR baharu yang akan dimulakan.

1MDB mempercayai bahawa pendidikan merupakan alat inklusif untuk menjamin masa depan lebih cerah untuk semua. Fokus utama kami adalah inisiatif berasaskan pendidikan bagi membantu memupuk bakat, merapatkan jurang dan meningkatkan kualiti hidup.

Kami turut berganding bahu dengan pelbagai organisasi untuk menyediakan bantuan pendidikan kepada murid yang layak tanpa mengira latar belakang mereka.

Ini juga sumbangan kami terhadap pembangunan modal insan di negara ini.

Projek Kantin Rancangan Makanan Tambahan

Kerjasama dengan Yayasan Sime Darby dan Jabatan Pelajaran Sarawak untuk membina 48 kantin baharu untuk sekolah rendah di seluruh Sarawak bagi menggantikan infrastruktur sedia ada yang telah usang. Kantin-kantin ini digunakan untuk menyediakan makanan untuk murid-murid yang memerlukan di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan oleh Kementerian Pendidikan.

DANA PIBG

Sebuah dana untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara untuk menjalankan aktiviti pendidikan serta pembangunan prasarana secara kecil-kecilan bagi mempertingkatkan serta melengkapkan program sedia ada yang dibangunkan Kerajaan.

GERAN AKADEMIK

Biasiswa untuk pelajar sekolah-sekolah agama

1MDB berganding bahu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menyediakan biasiswa dan geran akademik bagi pelajar yang layak daripada Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama Negeri untuk mempelajari bidang perubatan, pergigian serta farmaseutikal.

Geran Akademik 1MDB untuk Sekolah Persendirian Cina

1MDB berganding bahu dengan Dong Jiao Zhong dan Dana Pendidikan Huaren untuk menyediakan geran akademik bagi pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada sekolah-sekolah Persendirian Cina untuk membantu mereka dalam mendapatkan pendidikan tertiari.

Geran Akademik 1MDB untuk pelajar SMC

1MDB berganding bahu dengan Sri Murugan Centre (SMC) untuk menyediakan geran akademik bagi pelajar SMC yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari.

Bantuan pendidikan untuk pelajar SPM/STPM

1MDB berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak serta mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Experience Works

Program perintis yang menyediakan geran akademik kepada mahasiswa yang layak melalui tugasan kerja oleh universiti masing-masing.Ia merupakan kerjasama dengan Yayasan Sime Darby dan menyasarkan untuk mengurangkan beban pelajar yang kurang berkemampuan dan meningkatkan nilai kebolehpasaran kerja mereka.

SUMBANGAN KEPADA YAYASAN PENGAMAN

Program perintis melibatkan kerjasama dengan Yayasan Pengaman Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk memberi latihan kemahiran belajar, kursus motivasi, pembinaan pasukan, bimbingan kerjaya, kemahiran berfikir secara kreatif dan kursus kepimpinan bagi anak-anak anggota polis.

KERJASAMA DENGAN KHAN ACADEMY

1MDB berganding bahu dengan organisasi bukan berasaskan keuntungan terkemuka dunia iaitu Khan Academy untuk menterjemahkan video pendidikan yang relevan dengan sukatan pelajaran tempatan ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan akses oleh pelajar tempatan. Video-video berkenaan boleh ditonton di sini.