CSR

Secara Ringkas

CSR_Summary_Banner.jpg

Terkini

Program-program CSR yang dikendalikan oleh 1MDB telah pun tamat, kecuali beberapa program dimana 1MDB masih tetap komited sehingga selesai. Tidak akan ada program CSR baharu yang akan dimulakan.

Membentuk Masa Depan Malaysia
Yang Lebih Cerah

1MDB membantu mewujudkan peluang bagi rakyat Malaysia membina masa depan lebih cerah untuk diri mereka dan juga negara ini secara amnya. Kami berusaha merapatkan jurang dan menghapuskan halangan bagi membantu golongan kurang bernasib baik untuk menikmati kualiti hidup lebih baik.

Program CSR kami dipilih mengikut garis panduan berikut:

  • Manfaat setiap projek bukan sekadar dinikmati penerima secara langsung malah turut dirasai keluarga dan masyarakat sekitar mereka.
  • Membantu merapatkan jurang utama antara masyarakat ke arah mencapai misi 1MDB untuk memacu pembangunan ekonomi mampan jangka panjang bagi negara ini.

Menempa Perkongsian, Memaju Pertumbuhan

1MDB membina perkongsian strategik dengan pelbagai organisasi untuk memastikan inisiatif CSR kami mencapai sasaran ditetapkan.

Rakan-rakan usahasama kami dipilih berdasarkan kepakaran mereka dalam sesuatu perkara selain kemahiran mereka dalam menangani golongan-golongan terbabit. Dalam kebanyakan situasi, kami memperkasakan rakan-rakan usahasama kami agar mencari penerima berpotensi dan menjalankan program yang berkenaan, dengan sokongan dan sumber kewangan daripada cabang CSR kami, Yayasan 1MDB.

Fokus Kami

Aktiviti Yayasan 1MDB sentiasa memfokuskan kepada tiga bidang: