Tadbir Urus

Lembaga Pengarah

TAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH

TAN-SRI-DR-MOHD-IRWAN-SERIGAR-ABDULLAH.jpgPengerusi

Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan (MOF) dan dilantik ke jawatan ini pada 24 Ogos 2012.

Tan Sri Dr. Irwan memulakan karier beliau dalam perkhidmatan awam di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1984. Ketika di EPU, beliau berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dalam sektor pembangunan bandar, tenaga dan penswastaan.

Beliau menyertai MOF pada Oktober 2003 di mana beliau memegang pelbagai jawatan termasuk di Bahagian Ekonomi, dan kemudiannya sebagai Ketua Seksyen, Timbalan Setiausaha dan Setiausaha Bahagian Analisis Ekonomi dan Antarabangsa (Makro Ekonomi).

Beliau kemudiannya berkhidmat di MOF sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dari Disember 2010 hingga Ogos 2012, sebelum perlantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Tan Sri Dr. Irwan berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam beberapa organisasi terkemuka seperti Malaysian Airline System Berhad (MAS), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd. (MRT Corp), Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Cyberview Sdn Bhd dan memegang jawatan ex officio dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Tan Sri Dr. Irwan holds a PhD in Economics from IIUM and an MSc in Energy, Management and Policy from the University of Pennsylvania, USA. He received a BA (Honours) degree in Population Studies from the University of Malaya.

Tan Sri Dr. Irwan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi dari UIAM dan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Tenaga, Pengurusan dan Dasar dari University of Pennsylvania, USA. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Populasi dari Universiti Malaya.

DATO' KAMAL MOHD ALI

ArulKanda.jpg

Dato' Kamal Mohd Ali merupakan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd. Beliau menyertai Prokhas pada 2008, setelah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Export-Import Bank Malaysia Bhd.

Sebelum itu, Dato' Kamal merupakan Pengurus Besar, Bahagian Perbankan Korporat dan Institusi, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). 

Dato' Kamal memulakan karier beliau di Bank Bumiputra Malaysia Berhad di mana beliau berkhidmat selama 22 tahun.

Di atas pencapaian beliau, Dato' Kamal telah menerima Anugerah Kakitangan Berprestasi Terbaik oleh Asian Institute of Management, Manila pada 1994. 

Dato' Kamal berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Kewangan Islam dari Universiti Malaya, di mana beliau juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi.

DATO ' NORAZMAN AYOB

YBHG-DATUK-SHAHROL-AZRAL-IBRAHIM-HALMI.jpg

Dato' Norazman Ayob merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara.

Pengalaman tugas Dato' Norazman sebelum ini termasuk berkhidmat sebagai Pengurus Kanan di PROTON Holdings Berhad dan juga sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dato' Norazman berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Adelaide, Australia dan Ijazah Undang-Undang (LLB) dari University of Hertfordshire, United Kingdom.